Make your own free website on Tripod.com
PUNCA PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN
 

Semua bahan organik menpunyai unsur karbon . Apabila dibakar karbon akan berpadu dengan oksigen di udara dan menghasilkan karbon dioksida melalui persamaan :

C+O2-----CO2
 Manakala dalam keadaan kurang beroksigen karbon akan berpadu dengan satu atom oksigen menghasilkan karbon monoksida melalui persamaan :
C+O------CO
 Karbon monoksida adalah gas yang membahayakan dan boleh membawa maut jika dihidu dalam suatu jangkamasa panjang. Pembakaran bahan api seperti arang dan minyak adalah punca utama pencemaran udara Bahan api juga adalah bahan organik dan mempunyai unsur karbon .Oleh itu, pembakaran yang kurang lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Arang adalah suatu bahan yang mengandungi sulfur. Apabila terbakar sulfur akan berpadu dengan oksigen di sekeliling menghasilkan sulfur dioksida melalui persamaan:
S + 2O2-----------SO4
 Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap di udara dan membentuk asid sulfurus. Selain itu, karbon dioksida juga berpadu dengan ion hidrogen dan membentuk asid karbonat.
 

KEJADIAN SEMULAJADI
 
Kejadian semulajadi yang membebaskan pencemar adalah seperti gunung berapi, mata air panas dan pereputan bahan organik. Pereputan akan menghasilkan gas metana yang berbahaya dan garam nitrat. Garam ini akan bertukar nitrogen oksida di mana ia akan berpadu dengan udara dan menghasilkan asid nitrik.
Berikut adalah kesan kejadian semula jadi.


KILANG,PENJANA KUASA DAN KENDERAAN
 
Punca utama pembebasan nitrogen oksida dan nitrogen dioksida adalah penjana kuasa yang menghasilkan haba yang tinggi dan ekzos kenderaan berat .Nitrogen oksida / dioksida boleh ditukarkan kepada gas nitrogen apabila bertindak balas dengan ammonia:
NO
4NO + 4NH3 + O2 ----------4N2 + 6H2O
 NO2
2NO2 + 4NH3 + O2 ----------3N2 + 6H2O
 Gas nitrogen adalah gas semulajadi dalam atmosfera dan tidak membahayakan. Kilang menghasilkan tenaga dengan pembakaran bahan api. Misalnya, enjim stim. Ini akan menyebabkan penglihatan kabur akibat pembentukan kepulan asap. Seterusnya, kilang papan , kilang simen dsb menghasilkan debu yang boleh memudaratkan kesihatan tetutama yang berkaitan dengan pernafasan.
Berikut menunjukkan kepekatan dan perlepasan gas ini.

KEMBALI KE LAMAN ASAL